Cari:
Seorang Rakyat Kanada Diculik Abu Sayyaf Dibunuh
2016-06-14 15:25:38 CRI Cetak

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata, seorang rakyat negara itu, Robert Hall, yang dijadikan tebusan di selatan Filipina sejak 21 September 2015, dipercayai telah dibunuh oleh kumpulan militan Abu Sayyaf.

Namun, pihak tentera Filipina masih menyiasat kesahihan dakwaan kumpulan militan itu membunuh seorang lagi tahanannya.


Gambar fail dari rakaman video tawanan kumpulan militan Abu Sayyaf, Ronert Hall (kiri) dan  John Ridsdel (tengah).

Dikatakan, selepas tempoh tuntutan bagi bayaran wang tebusan tamat pada pukul 3.00 petang Isnin, kumpulan yang sering menculik dan meminta wang tebusan tersebut akan membunuh Ronert Hall, 51, warga Kanada.

Sebelum ini, seorang lagi rakyat Kanada, John Ridsdel, telah dipenggal kepalanya pada April selepas tuntutan wang tebusan dengan jumlah yang sama tidak dilayan.

Abu Sayyaf dipercayai masih menawan dua orang tebusan lain, iaitu teman wanita Hall berbangsa Filipina, Marites Flor dan pengurus resort warga Norway, Kjartan Sekkingstad.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China