Cari:
Matlamat HRAP China 2012-2015 Tercapai
2016-06-14 14:56:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Laporan Penilaian Pelaksanaan Pelan Aksi Hak Asasi Manusia Negara (HRAP) China 2012-2015 diumumkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada 14 Jun ini. Menurut laporan tersebut, matlamat yang terkandung dalam HRAP China 2012-2015 tercapai seperti yang dijadualkan.

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam laporan tersebut bahawa dalam tempoh 2012 hingga 2015, China tetap berpegang kepada konsep yang merakyatkan pembangunan, menjamin hak warga dan hak politik rakyat dengan bersungguh-sungguh, serta berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menghormati dan menjamin hak asasi manusia.

Pada masa yang sama, China juga menjalankan pertukaran dan kerjasama hak asasi manusia antarabangsa berdasarkan kesaksamaan dan saling menghormati, serta mematuhi perjanjian hak asasi manusia antarabangsa demi memajukan perkembangan hak asasi manusia di persada antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China