Cari:
Kenyataan Trump Bertentangan Dasar AS
2016-06-15 16:22:35 CRI Cetak

Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump mengambil kesempatan daripada insiden tembakan beramai-ramai di Orlando untuk mengulangi pendirian yang memburukkan masyarakat Muslim.

Beliau mendesak Presiden Barack Obama supaya mengundurkan diri sekiranya beliau enggan menyalahkan "Islam radikal" atas serangan itu.

Trump juga mendakwa, sekiranya beliau dipilih sebagai presiden, semua penganut Islam diharamkan memasuki AS.

Kenyataan calon itu untuk melarang penganut Islam memasuki AS adalah bertentangan dengan dasar negara itu.

Perkara itu ditegaskan Presiden Barack Obama yang melihat kenyataan berkenaan akan hanya membuatkan AS kurang selamat, selain meningkatkan jurang antara Barat dengan dunia Islam.

Obama dalam pada itu menolak gesaan Trump untuk meletak jawatan kerana enggan menggunakan perkataan "keganasan Islam radikal".

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China