Cari:
Kadar Faedah AS Tidak Berubah
2016-06-16 15:16:28 CRI Cetak

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan kadar faedahnya pada paras 0.25 peratus hingga 0.5 peratus, di samping memantau dengan teliti indeks inflasi, situasi kewangan dan ekonomi global.

Keputusan itu diambil ekoran kebimbangan Fed terhadap impak kenaikan kadar faedah ke atas ekonomi global.

Fed dalam kenyataan semalam berkata, tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi menjadikan Fed lebih berhati-hati dalam usaha menaikkan kadar faedah pada masa akan datang.

Meskipun pasaran buruh dalam negara kukuh, namun masih dianggap lemah jika dibandingkan dengan krisis kewangan sebelum ini.

Ekonomi AS berdepan dengan beberapa ancaman utama yang mungkin membantutkan pertumbuhan antaranya termasuklah kelembapan pertumbuhan peluang pekerjaan, kelemahan pelaburan aset tetap perusahaan dan ketidaktentuan pasaran kewangan.

Fed menjangkakan kenaikan kadar faedah secara berperingkat, namun tempoh sebenar belum ditetapkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China