Cari:
Gabenor Tokyo Letak Jawatan Ekoran Skandal Kewangan
2016-06-16 15:26:20 CRI Cetak

Gabenor Tokyo, Yoichi Masuzoe mengumumkan peletakan jawatan selepas didakwa menyalahgunakan wang rasmi, sekali gus berhadapan dengan usul tidak percaya dalam pentadbiran kerajaan tempatan.

Masuzoe berdepan dengan pelbagai dakwaan terhadap perbelanjaan tidak berhemat bagi perjalanan rasmi ke luar negara, pembelian dalam talian, penginapan di hotel mewah, dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan telah melanggar mana-mana undang-undang, dan hanya mengakui melakukan kesalahan etika dan memohon maaf.

Sebelum ini, semua parti utama dalam badan perundangan Tokyo bersetuju untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau berikutan skandal tersebut.

Peletakan jawatan Masuzoe yang sepatutnya berakhir pada 2018 ketika Tokyo bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020, dipercayai akan memberi kesan negatif kepada keupayaan bandar itu untuk menguruskan temasya sukan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China