Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini mengemukakan kertas putih tentang Sistem Pengemudian Satelit Beidou (BDS).
Kertas putih itu terdiri daripada lima bahagian, iaitu matlamat pembangunan dan prinsip, pembinaan berterusan BDS, penyediaan perkhidmatan pengemudian satelit yang selamat, menggalakkan penggunaan dan perindustrian BDS serta memperkasakan kerjasama dan pertukaran antarabangsa.
BDS merupakan sistem pengemudian satelit yang dibina dan dibangunkan oleh China.
Sistem itu memenuhi keperluan keselamatan negara dan pembangunan sosioekonomi.
Pada masa ini, BDS telah dimanfaatkan dalam pengangkutan, perikanan, ramalan cuaca, pengukuran dan pemetaan geografi, pencegahan kebakaran hutan, komunikasi, dan sebagainya.