Cari:
Lawatan Presiden Xi, Momentum Baharu Hubungan China-Eropah
2016-06-17 12:47:50 CRI Cetak

Media perdana di China menyiarkan ulasan yang menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi Jinping ke Eropah Timur dan Eropah Tengah adalah petanda penting dalam usaha membuka lembaran baharu bagi hubungan kedua-dua pihak dengan memperkukuh persahabatan tradisional, memperkasakan kerjasama pragmatik dan menikmati hasil pembangunan bersama-sama.

Akhbar Renminribao berkata, biarpun wujud perbezaan dari segi sistem masyarakat, keadaan negara dan kebudayaan, China dan negara-negara di Eropah Timur dan Eropah Tengah, masih mempunyai aspirasi yang sama dalam menjalin hubungan yang erat dan mengadakan kerjasama hingga membuahkan hasil yang memuaskan.

pertemuan pemimpin China dengan negara-negara dari Eropah Timur dan Tengah pada tahun lepas

Media cetak itu memetik kenyataan Presiden Xi sebagai berkata, China dan Eropah merupakan dua kuasa penting dalam memelihara kedamaian antarabangsa.

Selaku dua entiti ekonomi utama di dunia, China dan Eropah merupakan dua pasaran penting yang mampu menggalakkan pembangunan bersama.

Huraian Presiden China itu turut mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan di benua Eropah kerana dianggap sebagai daya kekuatan untuk mengukuhkan hubungan China-Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China