Cari:
Minggu Filem China di Serbia
2016-06-17 13:00:45 CRI Cetak

Minggu Filem China yang dilancarkan di Belgrade, Serbia semalam merupakan satu aktiviti penting untuk meraikan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke negara itu, atas undangan rakan sejawatnya, Tomislav Nikolic.

Sepanjang minggu filem itu, beberapa filem buatan China akan ditayangkan untuk rakyat Serbia demi memperkenalkan pencapaian baharu kuasa besar dari Timur ini dalam seni perfileman, sekali gus menyemarakkan lagi hubungan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.

Presiden CRI, Wang Gengnian berucap pada perasmian Minggu Filem di Belgrade.

Antara yang turut hadir termasuk Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), Wang Gengnian, yang berharap agar pemahaman dan persahabatan antara rakyat Beijing dengan Belgrade dapat dipertingkat menerusi layar perak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China