Cari:
Perakam Suara Pesawat EgyptAir Ditemukan
2016-06-17 15:44:02 CRI Cetak

Kotak hitam perakam suara kokpit (CVR) pesawat EgyptAir MS804 yang terhempas di Laut Mediterranean, 19 Mei lalu, telah ditemukan semalam.

Jawatankuasa siasatan Mesir dalam kenyataan semalam berkata, sebuah kapal khas milik Deep Ocean Search yang berpangkalan di Mauritius berjaya menemukan unit storan data yang tersimpan dalam perakam suara yang rosak itu.

Alat yang berjaya ditemukan semula tersebut, iaitu salah satu daripada kotak hitam pesawat terbabit, telah diserahkan kepada pasukan penyiasat Mesir untuk diperiksa.

Alat berkenaan yang dianggap bahagian paling penting dalam peranti rakaman, kini sudahpun dibawa ke bandar Iskandariah untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, pasukan pencari turut dihambat masa untuk mendapatkan satu lagi kotam hitam lain bagi menjelaskan punca pesawat Airbus A320 itu terhempas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China