Cari:
Hubungan Tradisi China, Serbia Tetap Kukuh
2016-06-18 14:48:06 CRI Cetak

China dan Serbia bersetuju secara bulat untuk mendukung tegaknya prinsip-prisinp yang saling menghormati, saling menguntungkan dan memperlakukan satu sama lain secara sama rata demi mempertingkat hubungan dua hala secara strategik dan menyeruluh serta memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Persepakatan itu dicapai ketika berlangsungnya pertemuan Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Serbia, Tomislav Nikolic di Belgrade, semalam.

Semasa pertemuan itu, Presiden Xi berkata, kedua-dua negara yang mempunyai hubungan tradisi yang sudah terjalin sejak sekian lama ini merupakan rakan sepanjang masa, dan memperlakukan satu sama lain sebagai saudara kandung. China menghargai persahabatan tradisional dengan Serbia dan situasi baik yang disumbang oleh kemakmuran hubungan dua hala.

Dalam pada itu, Nikolic menyanjung tinggi dan gembira melihat pencapaian cemerlang China dalam pembangunan masyarakat dan pelaksanaan pembaharuan. Beliau berjanji akan menyumbang untuk membawa hubungan kedua-dua negara melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China