Cari:
Hubungan China, Serbia Dipertingkat kepada Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-06-19 14:53:51 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Serbia, Tomislav Nikolic memutuskan untuk menaiktarafkan hubungan kedua-dua negara ke perkongsian strategik komprehensif.

Pemimpin kedua-dua negara ini menandatangani kenyataan bersama mengenai penjalinan perkongsian strategik tersebut, selain bersama-sama menyaksikan penandatanganan sejumlah dokumen kerjasama yang melibatkan kapasiti industri, kewangan, pembinaan infrastruktur, perdagangan, sumber tenaga, telekomunikasi, kebudayaan, pelancongan dan sebagainya, di Belgrade, semalam.

Sebelum ini, Xi dan Nikolic dalam pertemuan menegaskan bahawa komunikasi di antara kerajaan, badan perundangan, parti-parti dan pasukan tentera perlu dikekalkan; kerjasama dalam bidang utama antaranya kemudahan awam, kapasiti industri dan pertanian harus dipergiatkan; serta aktiviti pertukaran kalangan rakyat patut digalakkan.

Mereka juga komited untuk menyumbang kepada pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan (B&R)".

Selepas pertemuan berkenaan, Nikolic mengurniakan Pingat Kehormatan Negara Serbia kepada rakan sejawatnya dari China ini, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan cemerlang Xi Jinping dalam usaha mengembangkan hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China