Cari:
PM New Zealand Puji Pembaharuan China
2016-06-19 15:33:28 CRI Cetak

Perdana Menteri New Zealand, John Key memuji pembaharuan China yang pragmatik dan keyakinan pucuk pimpinan negara ini terhadap penyusunan semula ekonomi. Beliau bersikap optimis tentang masa depan kerjasama antara kedua-dua negara.

John Key berkata demikian ketika menghadiri jamuan makan tengah hari Persatuan Perdagangan China New Zealand di Auckland semalam.

Menurut John, pemimpin China pragmatik dan penuh keyakinan untuk menghadapi cabaran dan peluang pada ketika ini. Selain inovasi sains dan teknologi, titik berat pertumbuhan ekonomi China beralih ke sektor perkhidmatan. Ekonomi China berpotensi besar sepanjang peralihan ekonomi dari yang berorientasikan eksport kepada yang berorientasikan permintaan dalam negeri.

Zew Zealand dan China boleh memperkasakan kerjasama dalam bidang inovasi, khususnya bidang pertanian dan penternakan. Selain itu, sektor perkhidmatan New Zealand berdaya untuk meneroka pasaran di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China