Cari:
2 Juta Orang Terjejas Hujan Lebat di Hilir Sungai Yangtze
2016-06-20 11:54:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Lebih dua juta orang menjadi mangsa ekoran hujan lebat yang mencurah-curah di daerah tengah dan hilir Sungai Yangtze pada malam 18 hingga 19 Jun lalu.

Dilaporkan empat maut, manakala 12 lagi hilang akibat hujan lebat yang melanda tujuh bandar dan 21 kaunti di provinsi Hubei pada 18 Jun lalu.

Dalam pada itu, kerajaan provinsi Hubei telah melancarkan operasi bantuan kecemasan bencana alam peringkat ketiga pada pukul 12.00 tengah malam pada 19 Jun lalu.

Jabatan Hal Ehwal Awam Provinsi Hubei memaklumkan bahawa pihaknya telah mengerahkan pasukan penyelamat untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang dan menyediakan penempatan sementara kepada mangsa.

Selain Hubei, provinsi Jiangxi, Anhui, wilayah Guangxi dan Chongqing, provinsi Sichuan turut dilanda bencana hujan lebat pada ketika ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China