Cari:
China Alu-alukan Poland Terlibat dalam Pembinaan B&R
2016-06-20 09:34:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mengalu-alukan Poland terlibat secara aktif dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dan bersedia untuk bekerjasama dengan negara itu bagi memperkasakan kerjasama dalam kerangka pembinaan B&R dan meneroka potensi kerjasama dalam pembinaan infrastruktur agar kedua-dua negara dapat mencapai lebih banyak hasil yang memberangsangkan.

Poland juga dialu-alukan menyertai pembinaan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Poland, Andrzej Duda di Istana Belvedere, Warsaw Poland semalam.

Duda berkata, kerjasama pragmatik antara China dengan Poland dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebagai negara anggota pengasas AIIB, Poland bersedia untuk terlibat secara aktif dalam pembinaan B&R dan mengintensifkan kerjasama bilateral dalam pembinaan infrastruktur, kereta api dan logistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China