Cari:
Tunjuk Perasaan Bantah Tentera AS di Jepun
2016-06-20 09:10:36 CRI Cetak

Kira-kira 65 ribu penduduk Jepun mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membunuh seorang wanita warga Jepun.

Dalam pada itu, lebih 10 ribu penduduk Jepun turut mengadakan perhimpunan di Tokyo bagi menggesa pasukan tentera AS agar berundur dari Okinawa dan mengubah suai perjanjian asas status Jepun dan AS.

Beberapa ahli Diet dari Okinawa dan pemimpin kerajaan tempatan turut menyertai perhimpunan tersebut.

Gabenor kaunti Okinawa, Takeshi Onaga dalam perhimpuan itu menyatakan bahawa tentera AS telah melakukan jenayah yang tidak berperikemanusiaan dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kerajaan Abe diharap sedar bahawa kemarahan penduduk Okinawa sudah tidak dapat dibendung lagi.

Beliau menggesa perjanjian asas status Jepun dan AS diubah suai, pasukan marin AS berundur dan pangkalan tentera Futenma ditutup.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China