Cari:
Iran Berjaya Halang Percubaan Serangan Ganas
2016-06-21 12:38:03 CRI Cetak

Menurut media Iran, pihak berkuasa keselamatan negara itu berjaya menghalang percubaan serangan ganas terhadap beberapa lokasi penting di Teheran, ibu kota negara itu dan menahan beberapa suspek terbabit.

Setiausaha Majlis Tertinggi Keselamatan Negara Iran, Ali Shamkhani mengesahkan bahawa pihak berkuasa keselamatan telah melancarkan operasi untuk menangkap suspek-suspek tersebut.

Kumpulan ekstremis "Takfiri" adalah antara dalang dan perancang serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China