Cari:
PBB Gesa Masyarakat Antarabangsa Tangani Krisis Pelarian
2016-06-21 13:54:15 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Mogens Lykketoft masing-masing menyampaikan ucapan sempena Hari Pelarian Sedunia semalam. Mereka menggesa masyarakat antarabangsa supaya menangani krisis pelarian, menyelesaikan konflik melalui saluran politik, memberikan sokongan kepada negara yang menerima pelarian dan menghapuskan diskriminasi.

Ban Ki-moon berkata, terdapat lebih 65 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan konflik dan kekerasan di seluruh dunia.

Lykketoft pula berkata, konflik adalah antara sebab utama bantuan kemanusiaan diperlukan. Masyarakat antarabangsa perlu berusaha untuk mencari kaedah penyelesaian konflik melalui saluran politik.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya meningkatkan sokongan terhadap PBB untuk memenuhi keperluan bantuan kemanusiaan yang semakin besar pada ketika ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China