Cari:
China Terus Sokong Pembaharuan Kewangan
2016-06-22 11:15:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sudah hampir setahun pembaharuan dalam sektor kewangan China dilaksanakan secara berterusan walaupun berdepan dengan turun naik pasaran kewangan antarabangsa dan faktor ketidaktentuan yang semakin meningkat.

Oleh itu, institusi perbankan perlu mengekalkan operasi yang stabil dan risiko dalam pasaran modal mesti diselesaikan secara beransur-ansur bagi memastikan keseluruhan operasi berjalan dengan lancar.

Selain itu, kadar pertukaran Renminbi terus berada pada tahap yang munasabah dan seimbang bagi mengekalkan asas yang stabil.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika berucap dalam sidang panel selepas mengadakan tinjauan di Bank Pembinaan China (CCB) dan Bank Rakyat China (PBC) pada 20 Jun lalu.

Tambah beliau lagi, dasar monetari yang berhemat dan dasar fisikal yang proaktif akan dikekalkan dan saling berkoordinasi ekoran kesukaran besar yang dihadapi dalam proses pembangunan di beberapa wilayah China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China