Cari:
Media Barat Digesa Bersikap Objektif dan Adil
2016-06-22 11:38:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Media Barat digesa bersikap adil dan objektif ketika membuat liputan mengenai kes timbang tara Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying memberikan maklum balas demikian berhubung dengan dakwaan terdapat beberapa media Barat yang melaporkan hanya terdapat lapan buah negara yang menyokong pendirian China dalam kes timbang tara tersebut.

Hua berkata, pada ketika ini, berpuluh-puluh negara sudah menyatakan sokongan mereka terhadap pendirian China dalam isu Laut China Selatan selepas mereka memahami sejarah dan fakta sebenar tentang isu tersebut.

Tambah beliau, Zambia, Cameroon, Ethiopia dan Malawi telah menyatakan sokongan mereka terhadap pendirian China.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh China dan Serbia baru-baru ini turut menegaskan bahawa pertikaian kedaulatan wilayah dan maritim patut diselesaikan melalui rundingan damai oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung berdasarkan peraturan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan dengan Laut China Selatan (DoC).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China