Cari:
Negara Luar Rantau Jangan Campur Tangan dalam Isu Laut China Selatan
2016-06-22 14:29:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Negara-negara yang terlibat secara langsung dalam isu Laut China Selatan perlu meneruskan rundingan dan negara-negara di luar rantau tidak patut campur tangan dalam isu tersebut.

Demikian dinyatakan Naib Pengerusi Persatuan Wartawan Thailand, editor akhbar Bangkok Post, Anucha Charoenpo ketika diwawancara oleh wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) di Beijing pada 20 Jun lalu.

Anucha Charoenpo berkata, masih terdapat banyak masalah yang belum diselesaikan berhubung dengan isu Laut China Selatan dan beberapa negara masih menuntut kedaulatan terhadap pulau-pulau di kawasan perairan berkenaan.

Kuasa dari luar rantau diharap agar tidak campur tangan dalam isu tersebut bagi mengelakkan pertikaian berkenaan daripada terus memuncak.

Tambah beliau lagi, negara-negara di luar rantau tidak boleh menggunakan alasan kebebasan pelayaran untuk campur tangan dalam isu tersebut kerana isu tersebut merupakan urusan dalaman rantau Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China