Kerja-kerja persiapan sempena Forum Davos Musim Panas 2016 yang dijadualkan pada 26 hingga 28 Jun di bandar Tianjin, China sudah selesai.
Persiapan untuk mengadakan forum yang bertemakan "revolusi industri kali ke-4: kekuatan transformasi" itu telah dijalankan sejak bulan Oktober tahun lalu.
Difahamkan, beberapa mesyuarat turut diadakan semasa berlangsungnya forum tersebut antaranya termasuk "membina masa depan sistem pengeluaran dunia", "prospek sumber tenaga dunia", "peperangan manusia dengan robot: pentingnya AlphaGo", "Rancangan Lima Tahun ke-13(FYP-13): cetak biru pertumbuhan baharu" dan "Fokus China: pembaharuan pihak pembekal".