Cari:
Ucaptama Presiden Xi di Parlimen Uzbekistan
2016-06-23 15:15:27 CRI Cetak

Inisiatif Jalur & Laluan (B&R) telah membuahkan hasil yang membanggakan dalam pelbagai bidang.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama di Dewan Perundangan Majlis Tertinggi negara itu.

Menurut beliau, setakat ini, terdapat lebih 70 buah negara dan pertubuhan antarabangsa telah mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif B&R.

China memeterai perjanjian kerjasama B&R dengan lebih 30 buah negara, selain memeterai perjanjian kerjasama kapasiti pengeluaran dengan lebih 20 buah negara.

China bekerjasama dengan 17 buah negara yang terlibat dalam B&R untuk mewujudkan 46 projek kerjasama di luar negara dengan jumlah pelaburan melebihi USD14 bilion (RM56.3 bilion) yang menawarkan kira-kira 60 ribu peluang pekerjaan.

Beliau berkata, Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dianggotai oleh 57 buah negara telah beroperasi dengan lancar. Tabung Laluan Sutera dan Tabung Kerjasama Ekonomi China-Asia Eropah turut ditubuhkan.

Dalam pada itu, jumlah perdagangan dua hala antara China dengan negara-negara yang terlibat dengan B&R mencecah USD1 trilion (RM 4 trilion) yang mewakili 25 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar negeri China pada tahun lalu.

Manakala, jumlah pelaburan China di 49 buah negara yang terlibat dalam B&R mencecah hampir USD15 bilion (RM60.3 bilion), meningkat 18 peratus berbanding dengan tahun 2014.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China