Cari:
China Tingkatkan Kerjasama dengan India dalam Kerangka SCO
2016-06-24 13:00:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Hubungan perkongsian strategik China dan India berkembang pesat dan selaras dengan hala tuju yang telah ditetapkan oleh pemimpin kedua-dua negara.

Kedua-dua negara perlu menggiatkan kerjasama pragmatik dalam sektor perdagangan, kereta api, taman perindustrian, sumber dan tenaga, teknologi maklumat serta penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian dalam pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di Tashkent, Uzbekistan pada 23 Jun lalu.

Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada India kerana telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menganggotai Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) sempena Sidang Kemuncak SCO kali ini.

Beliau berkata, China bersedia meningkatkan kerjasama dengan India dalam kerangka SCO.

Modi berkata, India bersedia untuk meningkatkan interaksi dan penyelarasan dengan China dalam isu-isu antarabangsa dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China