Cari:
China Hargai Sikap Adil Rusia dalam Isu Laut China Selatan
2016-06-24 15:05:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pendirian Rusia yang objektif dan adil dalam isu Laut China Selatan turut memberikan kesan terhadap situasi dan masalah di kawasan perairan tersebut pada ketika ini.

China amat menghargai pendirian Rusia kerana pendirian tersebut turut mewakili suara masyarakat antarbangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Duta Besar Rusia ke China baru-baru ini menyatakan bahawa ketegangan di kawasan perairan Laut China Selatan yang semakin memuncak pada ketika ini ekoran campur tangan negara-negara di luar rantau.

Dalam pada itu, Hua turut menggesa negara-negara terbabit agar menghormati tindakan-tindakan yang dilakukan oleh negara-negara rantau ini dalam usaha memelihara kedamaian dan kestabilan di kawasan perairan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China