Cari:
David Cameron Umum Bakal Letak Jawatan
2016-06-24 17:34:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan peletakan jawatan selepas rakyat negara itu memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Cameron, walau bagaimanapun berkata, rakyat Britain telah membuat pilihan yang jelas dan negara itu kini memerlukan seorang pemimpin yang baharu.

Beliau turut berjanji akan terus menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri untuk tempoh beberapa bulan akan datang sebelum diambilalih oleh kepimpinan baharu pada Oktober ini.

Beliau berkata demikian di kediaman rasmi di Downing Street, London hari ini.

Pemimpin Parti Bebas United Kingdom (UKIP), Nigel Farage yang memihak Britain keluar dari EU, menyatakan bahawa pengunduran Britain dari EU merupakan kemenangan bagi rakyat jelata.

Menteri Luar Britain, Philip Hammond yang menyokong negara itu kekal dalam EU berkata, para pengundi telah menyatakan hasrat hati mereka. Tugas kerajaan kini adalah menerima keputusan itu dan berusaha menjaga ekonomi negara.

Menurut Perjanjian Lisbon, sekiranya Britain ingin keluar dari EU, Majlis Eropah yang mewakili 27 buah negara anggota EU lain sepatutnya mencapai perjanjian dengan Britain mengenai hubungan Britain-EU kelak dalam tempoh dua tahun akan datang, sebelum diluluskan oleh Majlis Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China