Cari:
Pertemuan Pemimpin China, Rusia dan Mongolia Kali ke-3
2016-06-24 15:15:07 CRI Cetak

Pertemuan Pemimpin China, Rusia dan Mongolia kali ke-3 yang dipengerusikan oleh Presiden China, Xi Jinping telah diadakan di Tashkent semalam.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Mongolia, Sakhiagiin Elbegdorj turut menghadiri mesyuarat itu.

Xi menggesa ketiga-tiga negara tersebut melaksanakan pelan koridor ekonomi China, Mongolia dan Rusia, menggalakkan kerjasama dalam pembinaan infrastruktur, kesalinghubungan, penubuhan kastam di sempadan, kapasiti pengeluaran, pelaburan, ekonomi dan perdagangan, sosiobudaya dan perlindungan alam sekitar.

Selepas mesyuarat itu, pemimpin ketiga-tiga negara telah bersama-sama menyaksikan penandatanganan pelan koridor ekonomi China, Mongolia dan Rusia dan perjanjian bagi mengiktiraf hasil penyeliaan kastam terhadap produk tertentu oleh Jabatan Pentadbiran Kastam China, Biro Kastam dan Tarif Mongolia dan Jabatan Kastam Persekutuan Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China