Cari:
China Perkukuh Perkongsian Strategik dengan Rusia
2016-06-24 15:37:03 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin ditemui Presiden China, Xi Jinping di Tashkent semalam.

Xi berkata, lawatan rasmi Presiden Putin ke China yang bakal diadakan amat bermakna dalam meraikan ulang tahun ke-15 pemeteraian Perjanjian Kerjasama dan Kejiranan Baik China-Rusia dan ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan perkongsian strategik China-Rusia.

China komited untuk memperkukuh perkongsian strategik dengan Rusia, menyelaraskan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dengan Liga Ekonomi Eurasia dan meningkatkan penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan serantau.

Putin pula berkata, beliau akan bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Xi mengenai kaedah untuk menggalakan hubungan bilateral dan mengintensifkan kerjasama dua hala dalam rangka lawatan ke China yang akan datang.

Beliau turut menyatakan bahawa Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) memainkan peranan yang besar dalam usaha memelihara keamanan dan kesejahteraan rantau serta mendorong perkongsian ekonomi serantau.

Pihaknya menyokong kerjasama inisiatif B&R dengan Liga Ekonomi Eurasia dalam rangka SCO.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China