Cari:
Mesir Seru Pertikaian Laut China Selatan Diselesaikan Melalui Rundingan
2016-06-25 15:44:49 CRI Cetak

Mesir menyeru negara yang terlibat menghentikan sebarang kegiatan merumitkan pertikaian Laut China Selatan, menjejaskan keamanan serta kestabilan serantau, sebaliknya menyelesaikan masalah berkenaan melalui rundingan persahabatan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar Mesir, Ahmed Abu Zaid ketika diwawancara oleh wartana Agensi Berita Xinhua baru-baru ini.

Beliau berkata, Mesir sebagai anggota Liga Arab sentiasa menyokong pendirian mengenai isu Laut China Selatan yang dinyatakan dalam Deklarasi Doha yang diluluskan dalam sidang peringkat menteri ke-7 Forum Kerjasama China-Arab.

Menurut beliau, Mesir sentiasa menyeru pertikaian antara negara diselesaikan melalui dialog damai. Dalam isu Laut China Selatan, pelbagai negara terlibat perlu mematuhi perjanjian yang sedia ada dan menggunakan saluran dialog langsung yang lancar. Sementara itu, pelbagai negara perlu menghentikan tindakan membesar-besarkan pertikaian yang menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China