Cari:
China: Kewibawaan UNCLOS Patut Dipelihara
2016-06-25 15:17:10 CRI Cetak

Kewibawaan dan integriti Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) perlu dipelihara demi menjaga order laut yang adil dan rasional.

Demikian dinyatakan oleh ketua delegasi China yang juga Naib Wakil Tetap China ke PBB, Wu Haitao di ibu pejabat PBB di New York semalam.

Beliau menyatakan, pelbagai pihak perlu berpegang pada prinsip konvensyen, memahami konvensyen dengan tujuan baik, betul dan menyeluruh di samping mengelakkan penyalahguaan konvensyen berkenaan.

Ketika menyebut kes timbang tara isu Laut China Selantan, Wu berkata, kes ini sebenarnya berkaitan dengan masalah kedaulatan wilayah dan penggarisan sempadan laut, dan tujuannya untuk menafikan kedaulatan dan kepentingan laut China di Laut China Selatan. Kedua-dua masalah tersebut tidak relevan dengan prosedur timbang tara UNCLOS.

Beliau menjelaskan, China mengutamakan keamanan dan kesejahteraan di Laut China Selatan dan sentiasa bersikap bertanggungjawab dan membina dalam menangani isu ini, selain memberikan sumbangan besar demi kestabilan dan kebebasan pelayaran di rantau ini. China akan terus berusaha bersama-sama dengan negara-negara ASEAN untuk melaksanakan Deklarasi Tatalak Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) dan menggalakan rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) dalam kerangka DoC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China