Cari:
Pemimpin Eropah Kesal Britain Keluar dari EU
2016-06-25 15:36:52 CRI Cetak

Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan peletakan jawatan selepas rakyat negara itu memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) semalam. Pemimpin dari beberapa negara Eropah menyatakan rasa kesal atas keputusan Britain itu.

Canselor Jerman, Angela Merkel menyatakan bahawa Britain keluar dari EU akan memberikan tempias kepada integrasi Eropah. Namun, EU tetep kuat dan akan mengambil tindakan demi mengelakkan daripada perpecahan.

Presiden Perancis, François Hollande berkata bahawa beliau berasa amat kesal. Beliau menganggap keputusan Britain itu akan membawa cabaran yang amat sengit bagi EU kerana EU perlu memberikan tumpunan perhatian dalam bidang keselamatan, pertahanan, pembangunan ekonomi dan pentadbiran demokrasi.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengeluarkan kenyataan yang menyatakan, AS menghormati keputusan rakyat Britain itu, pihaknya akan terus mengekalkan "hubungan khas" dengan Britain. Selain itu kedudukan Britain dalam NATO akan terus berperanan sebagai asas penting dalam dasar luar, keselamatan dan ekonomi AS. Dalam pada itu, hubungan antara AS dengan EU tidak akan berubah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan yang melahirkan harapan agar terus menjalankan kerjasama dengan EU dan Britain.

Ketua Setiausaha NATO, Jens Stoltenberg pula berkata, kedudukan utama Britain dalam NATO tidak akan berubah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China