Cari:
Pakar Sepanyol: Rundingan Dua Hala Kaedah Penyelesaian Terbaik
2016-06-26 15:45:46 CRI Cetak

Sarjana isu politik Sepanyol, Dr. Mark Cercas Coase baru-baru ini menyatakan bahawa rundingan dua hala merupakan kaedah terbaik untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan.

Beliau menegaskan bahawa pertikaian Laut China Selatan tidak sepatutnya diputuskan oleh tribunal timbang tara secara sepihak, sebaliknya perlu diselesaikan melalui rundingan politik antara negara-negara yang terlibat.

Menurut beliau, Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan (DoC) yang ditandatangai oleh China dan sepuluh negara anggota ASEAN pada 2002 telah menunjukkan bahawa pelbagai pihak terlibat perlu menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui rundingan persahabatan dan damai.

Beliau berkata, "timbang tara oleh tribunal tidak akan membantu menyelesaikan isu tersebut, sebaliknya meningkatkan ketegangan situasi antara pelbagai negara".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China