Cari:
Perhimpunan Sempena "Hari Berjuang Anti-AS" di DPRK
2016-06-26 15:06:10 CRI Cetak

Beribu-ribu penduduk bandar Pyongyang mengadakan perhimpuan dan perarakan sempena Hari Berjuang Anti-Amerika Syarikat (AS) di Dataran Kim Il-sung, Pyongyang, Republik Rakyat Demokrati Korea (DPRK) semalam.

25 Jun ditetapkan sebagai Hari Berjuang Anti-AS oleh DPRK untuk memperingati Perang Korea tercetus pada 25 Jun tahun 1950.

Pengerusi Suruhanjaya Rakyat Bandar Pyongyang, Cha Hui-rim dalam perhimpunan itu berkata, pencerobohan AS terhadap DPRK pada 66 tahun lalu mendatangkan kesengsaraan yang teruk kepada rakyat negara itu. Kini, AS pula mencabuli kedaulatan dan hak hidup DPRK. AS bersama-sama dengan Korea Selatan menjalankan latihan ketenteraan besar-besaran seperti "Key Resolve" dan "Foal Eagle" yang merumitkan lagi ketegangan situasi di Semenanjung Korea.

Cha Hui-rim pula mendakwa Korea Selatan menolak usaha DPRK untuk mengadakan dialog, sebalikya melakukan tindakan provokatif politik dan tentera demi negaranya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China