Cari:
China Galakkan Pembangunan Infrastruktur Asia
2016-06-26 15:27:32 CRI Cetak

Sidang tahunan Majlis Eksekutif Pertama Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dirasmikan di Beijing semalam. Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Naib Perdana Menteri, Zhang Gaoli menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian itu.

Zhang menyatakan bahawa China amat mementingkan persiapan dan operasi AIIB. China komited untuk menubuhkan hubungan rakan kerjasama baharu yang komprehensif dan kuat.

Pertama, memperkasakan hubungan rakan kerjasama dengan pelbagai negara anggota AIIB demi manfaat semua anggota.

Kedua, memperkukuh hubungan rakan kerjasama dengan badan pembangunan bilateral dan institusi kewangan demi saling mempelajari dan berkongi pengalaman.

Ketiga, mempergiat hubungan rakan kerjasama dengan pertubuhan swasta demi menarik lebih banyak modal dalam bidang pembinaan kemudahan infrastruktur.

Menurutnya, China akan terus menyokong pembangunan AIIB dan memberikan iklim dan perkhidmatan peringkat antarabangsa untuk operasinya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China