Cari:
UAV AS Tembak 16 Anggota Taliban di Afghanistan
2016-06-27 13:21:02 CRI Cetak

Pesawat tanpa pemandu (UAV) Amerika Syarikat (AS) telah menembak mati 16 anggota Taliban di Afghanistan malam kelmarin.

Menurut kenyataan pihak tentera Afghanistan semalam, UAV AS melancarkan serangan udara terhadap dua buah kereta di daerah Chahar Dara, wilayah Kunduz, utara Afghanistan.

16 anggota Taliban yang berada dalam kedua-dua kereta itu terkorban, antaranya termasuklah seorang anggota kanan kumpulan tersebut.

Pihak Taliban masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung dengan serangan udara kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China