Cari:
Parlimen Britain: Wujud Penipuan dalam Petisyen Pungutan Suara Kali Kedua
2016-06-27 13:23:23 CRI Cetak

Parlimen Britain akan menjalankan siasatan sama ada wujud penipuan dalam petisyen yang meminta pungutan suara kali kedua diadakan.

Pengerusi Jawatankuasa Petisyen Parlimen Britain, Helen Jones semalam berkata, menurut peraturan, pihak yang mengemukakan petisyen mestilah warga Britain atau penduduk Britain, namun terdapat sesetengah pihak yang tidak memenuhi syarat tersebut.

Jawatankuasa itu akan memadam tandatangan berkenaan dan mengadakan siasatan serta membawa usul pungutan suara kali kedua ke mesyuarat pada minggu depan untuk dibahaskan oleh Parlimen.

Menurut peraturan Britain, sekiranya petisyen tersebut disokong oleh sepuluh ribu tandatangan, maka kerajaan perlu memberikan maklum balas.

Namun, sekiranya petisyen tersebut ditandatangani oleh seratus ribu penyokong, maka Parlimen perlu mengadakan perbahasan.

Setakat pukul 3.00 petang semalam, jumlah penyokong petisyen berkenaan mencatat 3.1 juta orang, mencipta rekod baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China