Cari:
Kyrgyzstan Dilanda Gempa Bumi
2016-06-27 16:43:37 CRI Cetak

Gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Kyrgyzstan semalam.

Pusat gempa itu terletak di latitud 39.43 darjah utara dan longitud 73.40 darjah timur, pada kedalaman 10 kilometer.

Sebahagian kawasan di selatan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China turut merasai gegaran tersebut.

Beberapa perkhidmatan kereta api di selatan Xinjiang juga terjejas akibat gempa bumi itu.

Pihak berkuasa China masih belum menerima sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa serta kemusnahan harta benda.

Daerah Autonomi Kirghiz Kizilsu Xinjiang yang terletak berdekatan dengan pusat gempa dilaporkan mengalami gegaran yang lebih kuat.

Kyrgyzstan bersempadan dengan Daerah Autonomi Kirghiz Kizilsu dan kawasan Aksu Xinjiang China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China