Cari:
Pendirian China, Rusia Bantu Fahami Sandiwara Timbang Tara Laut China Selatan
2016-06-27 18:14:33 CRI Cetak

Menteri Luar China dan Rusia menandatangani dan mengeluarkan Kenyataan China-Rusia tentang Pemerkasaan Undang-undang Antarabangsa sempena lawatan rasmi Presiden Rusia, Vladimir Putin ke China baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei di Beijing hari ini berkata, pendirian China dan Rusia seperti yang tertera dalam kenyataan tersebut dapat membantu masyarakat antarabangsa mengenali wajah sebenar segelintir negara yang mengarahkan sendiri sandiwara timbang tara isu Laut China Selatan.

Ketika menyentuh cara penyelesaian secara aman, kenyataan itu menyebut, semua negara yang terlibat perlu ikhlas dalam menggunakan kaedah dan mekanisme penyelesaian pertikaian berdasarkan semangat kerjasama dan persetujuan negara berkenaan. Prinsip tersebut tidak boleh dieksploitasi.

Tentang Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLSO) pula, kenyataan itu menegaskan pentingnya untuk mempertahankan integriti sistem undang-undang yang diwujudkan berasaskan konvensyen itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China