Cari:
Li Keqiang Ditemui Pengerusi Eksekutif WEF
2016-06-27 13:56:08 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Prof. Klaus Schwab di Tianjin semalam.

Li dalam pertemuan itu menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan Forum Davos Musim Panas dalam menggalakkan interaksi dan kerjasama antara China dengan pelbagai negara.

Menurut beliau, ekonomi negara-negara di dunia pada ketika ini saling memerlukan antara satu sama lain.

Faktor ketidaktentuan di sesebuah negara dan wilayah boleh memberikan impak kepada pemulihan ekonomi dan kestabilan kewangan global.

Oleh itu, semua pihak perlu meningkatkan sinergi dan kerjasama untuk mengatasi pelbagai cabaran, di samping berusaha untuk menggalakkan pembaharuan dan inovasi bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi dunia yang kukuh, konsisten dan seimbang.

Klaus Schwab pula berkata, pihaknya akan sedaya upaya memberikan sokongan terhadap pembaharuan dan inovasi China.

Beliau yakin, strategi penaiktarafan industri pembuatan China bakal menjadi pemacu baharu kepada pembangunan negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China