Cari:
Pengasas WEF: China Bakal Mainkan Peranan Utama dalam Revolusi Industri ke-4
2016-06-27 15:15:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Forum Ekonomi Davos Musim Panas ke-10 yang bertemakan "Revolusi Industri ke-4: Kekuatan Transformasi" diadakan di Tianjin, China pada 26 hingga 28 Jun ini. Forum kali ini dihadiri oleh kira-kira 1,700 orang peserta dari lebih 90 buah negara, antaranya termasuklah tokoh-tokoh politik, usahawan, sarjana dan wakil-wakil media.

Perdana Menteri China, Li Keqiang hari ini menyampaikan ucapan khas dalam majlis perasmian dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari Kyrgyzstan selain berdialog dengan tokoh-tokoh sektor industri dan perdagangan, kewangan, kumpulan pemikir dan kalangan media.

Dalam pertemuan dengan pengasas Forum Ekonomi Dunia (WEF) merangkap presiden eksekutif, Klaus Schwab pada 26 Jun lalu, PM Li berkata, sejak diadakan pada sepuluh tahun yang lalu, Forum Davos Musim Panas telah memainkan peranan positif dalam penggalakan pertukaran dan kerjasama antara China dengan negara lain. Beliau berkata, tema forum kali ini selaras dengan trend perkembangan revolusi sains dan teknologi serta perubahan perindustrian pusingan baharu, malahan membantu transformasi dan menaik taraf struktur ekonomi pelbagai negara berkenaan.

Li berkata, pelbagai negara terlibat patut memperhebat penyelarasan, bersatu padu menghadapi kesukaran dan cabaran, memelihara kedamaian, menggerakkan pembaharuan dan inovasi, menciptakan persekitaran pasaran yang liberalisasi dan kondusif demi terwujudnya pertumbuhan ekonomi dunia yang kukuh, lestari dan seimbang.

Schwab berkata, WEF telah menjalinkan hubungan yang baik dengan China dan akan menyokong China untuk menggiatkan pembaharuan dan inovasi. Strategik transformasi dan penaiktarafan industri perkilangan yang sedangan dilaksanakan di China dipercayai akan memberikan momentum baharu bagi pembangunan China.

Beliau berkata, dalam proses perkembangan Revolusi Industri ke-4 yang meningkatkan tahap kepintaran di seluruh dunia, China berada pada kedudukan teratas di dunia dalam bidang teknologi baru muncul, termasuk pesawat tanpa pemandu atau drone, tegana solar dan superkomputer. Meninjau ke masa depan, China dianggap akan memainkan peranan utama dalam Revolusi Industri ke-4.

Schwab memberitahu wartawan bahawa beliau juga menggunakan drone buatan Syarikat Berhad Teknologi Inovasi Dajiang, Shenzhen (DJI) China dan beliau berpendapat drone ini merupakan drone yang tercanggih di dunia pada ketika ini. Hal ini boleh dikatakan satu contoh terbaik yang menunjukkan China dapat mengetuai Revolusi Industri ke-4.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China