Pada masa tidak sampai enam minggu sebelum Sukan Olimpik 2016 dirasmikan di Rio, Brazil, gelanggang sukan yang dibina dengan kecepatan paling lambat iaitu Stadium Basikal akhirnya siap dibina dan diserahkan kepada Jawantankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Rio pada 26 Jun. Namun masih terdapat banyak projek yang melibatkan sekitar stadium itu akan diteruskan.
Stadium Basikal tersebut terletak di dalam Taman Olimpik di Barra, kawasan barat daya bandar Rio. Beberapa kali penangguhan pembinaan dan pergeseran kontrak mengakibatkan Stadium Basikal itu, gelanggang terakhir diserahkan kepada Jawantankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Rio.
Menurut maklumat berkenaan, semua stadium dan gelanggang bagi Sukan Olimpik 2016 akan siap dibina menjelang 10 Julai, manakala bangunan sementara siap dibina menjelang 21 Julai. Semua bangunan tersebut akan terbuka kepada atlet mulai 24 Julai.