Cari:
Cameron‎: Kerajaan Bertanggungjawab Kekalkan Perpaduan Negara
2016-06-28 12:02:42 CRI Cetak

Perdana Menteri Britain, David Cameron‎ semalam mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama sejak Britain memutuskan untuk mengundurkan diri dari Kesatuan Eropah (EU) melalui pungutan suara.

Dalam pada itu, Cameron‎ berkata, tanggungjawab utama bagi kerajaan pada masa ini adalah mengekalkan perpaduan negara.

Ketika berucap di hadapan anggota Dewan Rakyat, beliau menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh rakyat Britain melalui pungutan suara harus dihormati.

Walaupun Britain memilih untuk keluar dari EU, namun perkara tersebut tidak bermakna negara itu akan menjauhkan diri dari Eropah dan negara-negara lain.

Pengerusi Jawatankuasa Parti Konservatif, Graham Brady berkata, proses pencalonan pemimpin baharu parti akan dimulakan pada hari Rabu ini.

Pemimpin baharu parti yang bakal dilantik pada 2 September nanti turut menggantikan Cameron‎ untuk menyandang jawatan Perdana Menteri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China