Cari:
PM Li: China Menjamin Kesinambungan dan Kestabilan Dasar Makroekonomi
2016-06-28 14:23:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China sedang berada dalam tempoh kunci untuk melaksanakan dasar perubahan momentum pertumbuhan serta transformasi dan penaiktarafan ekonomi. Dengan ini, China akan mencernakan inovasi dalam transformasi dan penaiktarafan ekonomi, mengembangkan ekonomi baharu selain memupuk momentum pertumbuhan yang baharu. Di samping itu, China akan menjamin kesinambungan dan kestabilan dasar makroekonomi yang sedia ada. China mampu merealisasikan matlamat unjuran utama dalam pembangunan sosioekonomi sepanjang tahun 2016.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menegaskan demikian ketika berucap untuk merasmikan Forum Ekonomi Davos Musim Panas ke-10 di Tianjin pada 27 Jun lalu.

PM Li berkata, pemulihan semula ekonomi dunia mesti dipergiat melalui usaha mempercepatkan transformasi dan penaiktarafan ekonomi, dan turut bersandar pada tadbir urus dunia yang cekap dan teratur. Beliau berkata,

"Pertumbuhan ekonomi China meningkat 6.7% pada suku pertama tahun ini dan peningkatan itu dikekalkan secara stabil selepas memasuki suku kedua. Terutamanya kadar pengambilan pekerja kekal stabil. Jumlah orang yang mendapat peluang pekerjaan di bandar dan pekan mencapat 5.77 juta pada bulan Januari hingga Mei tahun ini, sehingga 58% daripada sasaran pada tahun ini telah diselesaikan."

Menurut PM Li, China akan menyingkirkan kapasiti pengeluaran yang berlebihan termasuk industri besi dan keluli dan industri arang batu. China akan terus mengurangkan secara berskala besar kutipan cukai terhadap perusahaan, menggalakkan pembaharuan kewangan dan pembaharuan perusahaan milik negara, menyokong pertumbuhan ekonomi sebenar, melonggarkan akses pasaran terhadap perusahaan swasta dan menghapuskan pelbagai halangan dalam pembangunan perusahaan swasta.

Pada masa yang sama, China juga akan meningkatkan tahap ekonomi yang bersifat terbuka, memperluaskan tahap keterbukaan industri perkhidmatan dan industri perkilangan agar menyediakan lebih banyak peluang pelaburan kepada pedagang asing di samping mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih adil, telus dan boleh diunjurkan.

Ketika menyentuh trend pergerakan kadar pertukaran renminbi (RMB), PM Li berkata,

"Nilai RMB akan ditentukan dengan apungan secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing dan berdasarkan pembekalan dan permintaan pasaran. Nilai RMB tidak akan mengalami penurunan dalam jangka masa yang panjang berikutan prestasi ekonomi China yang mantap. China mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kestabilan RMB pada tahap yang rasional dan seimbang."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China