Cari:
China, Korea Selatan Ikrar Perkukuh Hubungan Dua Hala
2016-06-29 15:06:41 CRI Cetak

China amat mementingkan hubungan dengan Korea Selatan. China bersedia untuk mengukuhkan rasa saling mempercayai dalam politik, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, memperkasakan kerjasama pragmatik dan meningkatkan interaksi sosiobudaya dengan Korea Selatan bagi mendorong hubungan bilateral terus berkembang dengan sihat dan stabil demi manfaat rakyat kedua-dua negara dan serantau.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn yang menghadiri Forum Davos Musim Panas 2016 di Tianjin semalam.

Tambah Li, keamanan dan kestabilan Asia Timur Laut amat penting bagi rantau dan dunia. China terus komited dalam usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada nuklear dan mendorong pembangunan dan kemakmuran serantau.

Hwang pula berkata, Korea Selatan juga amat mengutamakan hubungan dengan China. Pihaknya bersedia untuk mengambil peluang sempena sambutan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik Korea Selatan-China pada tahun depan bagi mengukuhkan kerjasama inovasi dengan China, sekali gus melonjakkan perkongsian kerjasama strategik kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China