Cari:
Proses Pengunduran Britain Belum Diatur
2016-06-29 15:22:22 CRI Cetak

Pemimpin negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mengadakan mesyuarat di Brussels petang semalam bagi membincangkan proses selanjutnya, iaitu selepas keputusan pungutan suara Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) diumumkan.

Oleh sebab pihak Britain sukar untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mungkin akan membiarkan masalah tersebut diselesaikan oleh kerajaan yang akan datang, maka negara itu dan EU masih belum mengatur jadual terperinci tentang proses pengunduran Britain dari EU.

Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam berkata, negara-negara anggota EU masih berharap dapat mengekalkan hubungan yang erat dengan Britain.

Tidak kira apa-apa pun tindakan yang diatur pada masa hadapan, kerjasama perdagangan dan keselamatan tetap menjadi komponen penting dalam hubungan Britain dan EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China