Cari:
36 Maut Serangan Bom di Lapangan Terbang Istanbul
2016-06-29 12:33:50 CRI Cetak

Seramai 36 orang terbunuh, manakala 140 yang lain cedera dalam tiga serangan bom berani mati di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki, semalam.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi jurucakapnya, mengecam serangan pengganas tersebut, di samping menggesa masyarakat antarabangsa agar meningkatkan kerjasama dalam usaha memerangi keganasan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan kenyataan bertulis yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut.

Menurut beliau, serangan yang dilancarkan pada bulan Ramadan ini menyasarkan penduduk awam yang tidak berdosa.

Serangan itu berniat untuk menghancurkan Turki dengan peristiwa pertumpahan darah.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya negara Barat agar tegas dalam usaha membanteras keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China