Cari:
China Kutuk Serangan Pengganas di Turki
2016-06-29 17:24:12 CRI Cetak

China mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul, Turki semalam, yang mengorbankan banyak nyawa penduduk awam yang tidak berdosa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media hari ini berkata, China menentang keganasan dalam apa-apa juga bentuk, dan menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengintensifkan kerjasama dalam usaha memerangi keganasan.

Menurut jurucakap itu, setakat ini, masih belum terdapat warga China yang dilaporkan terkorban atau cedera dalam serangan tersebut.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China