Cari:
Penerbangan Sulung Pesawat Penumpang ARJ Buatan China
2016-06-29 14:50:28 CRI Cetak

Pesawat Penumpang ARJ 21-700 milik Syarikat Penerbangan Chengdu (Chengdu Airlines), China telah membuat penerbangan sulung secara rasmi bagi laluan Chengdu-Shanghai pada pagi 28 Jun lalu.

Penerbangan ini merupakan penerbangan komersial pertama pesawat penumpang yang dikaji dan dihasilkan oleh China sendiri. Pesawat yang membawa 70 orang penumpang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai pada pukul 11.37 pagi semalam, kemudian membawa 48 orang penumpang kembali ke Chengdu. Pengajian dan penghasilan pesawat penumpang yang diberi nama "A Jiao" tersebut menggunakan masa selama 13 tahun.

Ketua Pengarah pengendalian Chengdu Airlines, Gong Jiang berkata, program pengajian dan pembangunan pesawat penumpang ARJ 21 diperakukan oleh kerajaan pusat pada bulan April 2002. Ujian penerbangan pesawat itu dibuat pada 28 November 2008 di Shanghai. Pesawat ARJ 21 yang menggunakan enjin CF 34-10A mempunyai kuasa dorongan yang amat kuat.

Pesawat ARJ 21-700 merupakan pesawat yang menggunakan enjin turbo kipas model baharu untuk jarak penerbangan yang sederhana dan pendek. Pesawat tersebut dilengkapi 78 hingga 90 buah kerusi penumpang dengan jarak penerbangannya yang mencatat 2,225 hingga 3,700 kilometer. Pesawat ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan penerbangan yang ulang-alik antara bandar utama ke bandar sederhana dan kecil di sekitarnya.

Selepas penerbangan sulung, pesawat ARJ 21-700 akan beroperasi khusus untuk penerbangan ulang-alik antara Chengdu dengan Shanghai pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

Pada masa yang sama, lima buah pesawat penumpang model ARJ 21-700 sebagai kumpulan pertama telah siap dibina, dan akan menyediakan perkhidmatan bagi laluan dari Chengdu ke Beijing, Guangdong, Shenzheng, Xi'an, Nanjing dan Guiyang pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China