Cari:
Mesyuarat Menteri Tenaga G20 di Beijing
2016-06-30 15:12:49 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Sumber Tenaga Kumpulan 20 (G20) 2016 dirasmikan di Beijing semalam.

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan.

Zhang menyatakan bahawa strategi "empat revolusi, satu kerjasama" yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping menjadi hala tuju bagi pembangunan sumber tenaga China.

China akan mempergiat pengubahsuaian struktur sumber tenaga, mempercepat pembinaan sistem sumber tenaga moden, meningkatkan tahap karbon rendah secara berterusan, dan mempercepat pembaharuan sistem sumber tenaga untuk membina sistem pasaran sumber tenaga moden yang lebih lengkap.

Tambah beliau, mekanisme mesyuarat tersebut perlu diperkaya dan dibaiki.

Negara-negara yang terlibat perlu meningkatkan kerjasama sumber tenaga antarabangsa bagi mencipta inovasi corak baharu yang terbuka dan berkongsi dalam bidang yang lebih luas, peringkat yang lebih tinggi dan tahap yang lebih baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China