Cari:
Angola Sokong Isu Laut China Selatan Diselesaikan melalui Rundingan
2016-07-02 15:15:37 CRI Cetak

Angola menyokong isu Laut China Selatan diselesaikan melalui rundingan secara langsung antara negara-negara terlibat.

Kerajaan Angola dalam kenyataan semalam menyeru negara-negara terbabit menyelesaikan pertikaian melalui rundingan berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa serta mengikut perjanjian dua hala dan persepakatan serantau yang telah dicapai.

Pada 30 Jun lalu, Duta Besar China ke Angola, Cui Aimin bertemu dengan Menteri Luar Angola, Georges Rebelo Pinto Chicoti untuk bertukar-tukar pendapat tentang kerjasama pragmatik bilateral dan isu Laut China Selatan. Dalam pertemuan itu, Chicoti menegaskan semula bahawa pihaknya menyokong pendirian China dalam isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China