Cari:
PBB Seru Perkasakan Kerjasama Antikeganasan
2016-07-02 15:31:06 CRI Cetak

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan satu resolusi yang menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan kerjasama dan sinergi dalam usaha membanteras keganasan.

Resolusi itu menggesa pelbagai negara, PBB dan organisasi berkenaan melaksanakan secara komprehensif dan seimbang Strategi Antikeganasan Global yang diluluskan PBB pada tahun 2006, di samping mengubah suai strategi itu dari semasa ke semasa bagi memastikan ia lebih berkesan bagi menangani ancaman keganasan baharu.

Menurut resolusi itu, demi menangani ancaman daripada pelbagai kumpulan pengganas termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS) dan Al-Qaeda, negara-negara terlibat perlu mengintensifkan kerjasama dalam usaha memerangi keganasan, termasuk menyekat saluran kumpulan pengganas untuk memperoleh dana, mengambil anggota, mendalangi serangan dan menyebarkan fahaman pelampau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China